Recent Posts

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Friday, April 13, 2012

Stew Ayam...angkara tayangan free kak Izah Daut

Gambar takda la menggiurkan cam kak Izah...maklumla kamera cokia ja..hehehe

 Kak Izahhhh.....haku telah tergude. Terus buat lepas akak tayang td...seeedaaapppp...w/pon menu kanak-kanak. Mak kanak-kanak yg over...thnks Kak Izah Daut..len kali tayang la lg...Kite makan ngan nasik putih jek. Mabeles2...Izinkan adik Mekna nk Copy Paste kat sinin yer...nnt nk buat senang nak rujuk....kalau nak tgk ga,baq stew yg cun dan menggode itew sila p SINI. Tak lupa Terima kasih jua buat Kak Hanieliza...

Makan ngan nasik putih jaaa...seeedaaappppp (dh mcm iklan beras Faiza plakk)

AYAM STEW

resepi asal : Hanieliza
Di copy paste : Kak Izah Daut


Bahan:
500 gm ayam [buangkan kulit dan potong kecil]
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang ] potong pendek
1 batang carrot [potong kecil]
1 biji tomato [belah 6]
3 biji jagung muda [hiriskan nipis]
minyak


Bancuhkan
1 sudu kecil kicap cair
1 s/k tepung jagung
1/2 cawan air
1 s/k lada hitam
1 s/k minyak bijan
garam secukup rasa...


Bahan Tumis [hiriskan]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili merah


Cara:
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga layu.
3. Masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan sehingga lembut.
4. Masukkan sayuran kecuali daun bawang & daun sup.
5. Bila dah layu masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau rata.
6. Tutup api dan taburkan daun sup dan daun bawang.
7. Hidangkan dengna nasi atau roti.

7 comments:

Qasey Honey said...

wah dh tgoda yer dgn menu dr izah smlm...hehehe...mmg nmpk myelerakan....mesti sedap ni kan...

Mas said...

cepatnya buat....
mas baru plan nak buat..he3

Amie said...

Assalamualaikum,
nampak sedap menggoda .... nak joint sama boleh?

MeknaBlog said...

Qadey Honey : Mmg tergode sesgt..paberet yg berkuah camni...nampak terus buat


Mas: Tak tahan lggg....hahahaha

Amie: jom joint...mesti x nyesal...(waahhh...cam bisnes plak)

zila 4ever said...

salam kak
yang simple2 tu yg sedap kan..klu sy mmg suka yg ringkas2 nie. sbb cepat dapat makan..he hhee

izahdaut said...

perghh memang aa best makan cam tu. nasi putih pas tu tuang stew tu atas nasi putih abnyak2. hehe.. cam tu la jugak budak2 berdua tu makan. suke jek tengok klau tak berenti nyuap tu..

MeknaBlog said...

zila 4ever : btui2..simple dan bessttt sgt.

izahdaut: kak...mmg best sgt...makan lak panas2..sedapppp...

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)